" kerak pisang goreng ini makcik sedekah"
"Pisang goreng ini hangit sikit, ambillah makcik sedekah"
![]() |
| budak-budak pun tahu menderma. |
Kenapa barang yang tidak boleh dijual disedekahkan? Mampukah sedekah yang begini menyelamatkan kita di padang mahsyar nanti? Kita sering terlupa apa yang tersurat dan tersirat di sebalik erti dan manfaat sedekah. Sesungguhnya sedekah itu adalah untuk diri kita sendiri. Tidak percaya, ya memang nampak kita keluarkan barang atau wang sekarang tetapi ingatlah janji Allah pasti ada balasannya samaada di muka bumi atau di akhirat nanti. Balasannya mungkin berupa kemurahan rezeki yang tidak putus, kemenjadian anak-anak yang soleh dan solehah ataupun peyelamat kita daripada api neraka.
Janganlah apa yang kita Imfakkan sehingga menjatuhkan maruah orang lain. Saya akui saya pun pernah buat juga, dermakan kain baju yang kekadang kita tak mau lagi dengan alasan masih elok sedangkan sebenarnya nak kosongkan almari yang dah sendat. Dunia ini cepat sahaja, mungkin hari ini si penerima itu budak yang yatim piatu tidak berharta manalah kita tahu 15-20 tahun dia seorang YB atau jutawan. mungkin dia masih ingat seluar getah putus yang kita sedekahkan dahulu.
Marilah... kita bersedekah untuk bekalan di akhirat esok bukan sekadar untuk memudahkan hidup kita di dunia.
